
ctaqilah10114
5 tahun
Cara penggunaan Pill yasmin
Saya wanita dalam 20an. Baru baru ini saya telah mengamalkan sexual. Kalau dulu saya selalu membeli postinor untuk mengelakkan hamil. Tapi disebabkan takut ada side effect kerana selalu ambil, saya membeli pill yasmin. Saya tidak tahu cara gunakannya. Boleh bagitahu cara yang sebenar? Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Pil Yasmin mengandungi 21 pil untuk diambil setiap hari pada waktu yang sama bermula pada hari haid yang pertama. Ia akan disusuli dengan tempoh rehat dimana pada waktu tersebut darah haid akan keluar. Selepas itu anda akan menyambung semula pengambilan pil seperti biasa pada kitaran seterusnya. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut mengenai pil perancang, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.