
Sulit
4 tahun
Cara penggunaan sunolot
adakah dengan memakan sunolut boleh menyebabkan sakit pinggang setelah makan selama 2 hari. dan dos penggunaan untuk kitaran haid tak menentu berapa biji sehari ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk pengetahuan anda, ubat yang anda sebutkan di ruangan soalan merupakan ubat yang digunakan untuk mengawal kitaran haid dan salah satu bentuk perancangan keluarga. Ubat tersebut mengandungi norithisterone, di mana ianya merupakan hormon progesteron sintetik dan digunakan untuk merancang keluarga, mengawal kitaran haid ataupun masalah tidak datang haid. Dosnya pula berbeza mengikut keadaan anda.
Kami tidak dapat menjawab soalan anda memandangkan kami tidak tahu mengapakah anda ingin menggunakan ubat tersebut.
Saranan kami adalah anda pergi ke klinik atau farmasi berhampiran anda dan berbincang dengan doktor atau pegawai farmasi terlebih dahulu mengenai niat anda dan mengapa anda ingin menggunakan ubat tersebut.
Berikut merupakan antara beberapa kesan sampingan ubat yang mengandungi norithisterone:
- Pendarahan antara dua waktu haid (spotting)
- Perubahan berat badan
- Sakit kepala
- Gangguan penglihatan
- Reaksi alahan seperti ruam
Jika anda mengalami mana-mana kesan sampingan, sila berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan rawatan.
Alternatif lain adalah anda boleh menghubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi di atas talian. Privasi anda akan kami jaga, terima kasih.