
Sulit
3 tahun
Cara sanitasi bilik kuarantin di rumah
Suami saya baru habis kuarantin d rumah selama 11 hari. Bagaimana cara untuk saya sanitasi bilik? Cukupkah sekadar guna disenfactant aerosol? Saya cuci bedsheet dengan air panas. Tapi bantal saya cuma jemur dan guna penyembur alcohol.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, membersihkan dengan pembersih rumah tangga yang mengandungi sabun atau detergen dapat mengurangkan jumlah kuman di permukaan dan mengurangkan risiko jangkitan dari permukaan. Dalam kebanyakan situasi, pembersihan biasa berupaya mengurangkan sebahagian besar zarah virus di permukaan.
Untuk membasmikan sekitar bilik anda, bersihkan permukaan sentuhan tinggi dengan produk pembasmi kuman, biasanya mengandungi alcohol. Selain itu, pastikan pengudaraan yang mencukupi semasa menggunakan desinfektan dengan membiarkan pintu dan tingkap terbuka dan menggunakan kipas untuk membantu meningkatkan aliran udara.
Sekiranya ahli keluarga atau individu negatif membantu anda dalam proses pembersihan, pastikan pakai mask, sarung tangan dan jaga SOP untuk mengelakkan penyebaran jangkitan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi jabatan berkaitan CPRC dengan talian 0388810200/+60178429454 atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.