
Sulit
3 tahun
Cara Singkat Meningkatkan Tinggi Badan
Hai doktor, tinggi saya 173cm dan baru berumur 17 tahun. Jadi adakah saya boleh mencapai ketinggian sekitar 176-183cm dalam masa yang singkat? Makanan atau vitamin yang perlu diambil? Senaman?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejatera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Untuk makluman anda, ketinggian anda bergantung kepada beberapa faktor seperti faktor genetik, iaitu ketinggian ibu bapa anda dan faktor nutrisi. Anda boleh menggunakan formula ini untuk mendapatkan anggaran ketinggian yang boleh dicapai oleh anda.
- Tambah kedua-dua ketinggian ibu bapa anda.
- Tambah 13cm (5 inch) untuk lelaki atau tolak 13cm (5 inch) untuk perempuan.
- Bahagi nombor tersebut dengan dua dan anda akan mendapati angaran ketinggian anda.
Mengikut kajian yang dijalankan, pertumbuhan lelaki akan berhenti atau berkurang selepas umur 19 tahun manakala bagi perempuan, ia akan berkurang selepas 16 tahun.
Tiada jalan pintas untuk menambah ketinggian badan dalam tempoh masa yang singkat, namun anda boleh mengamalkan diet seimbang yang mengandungi kandungan protein yang mencukupi, melakukan aktiviti regangan dan membaiki postur badan untuk membantu meningkatkan ketinggian.
Terdapat beberapa supplemen di pasaran yang boleh membantu pertumbuhan anda. Anda perlu rujuk kepada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang supplemen kerana sesetengah supplemen boleh menyebabkan kesan sampingan yang teruk sekiranya diambil untuk jangka masa yang panjang.
Anda boleh menghubungi kami secara atas talian untuk mendapat nasihat yang lebih lanjut berkenaan masalah anda.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.