
Sulit
4 tahun
Cara stabilkan hormon semula
Hi. Saya remaja berumur 21 tahun. Saya ada masalah breakout skin dari Dec 2018. Bermacam2 produk yang saya gunakan untuk pulihkan skin. Saya cuma akan breakout pada bahagian pipi, hidung & dagu. Dahi memang bebas jerawat. Tapi paling teruk bahagian dagu serta rahang. Jerawat ni muncul satu then macam merebak ke seluruh bawah dagu.
Saya cuba buat research tentang punca2 kehadiran jerawat ni. Yang saya dapati ada lah punca pemakanan, tidur tidak mencukupi, hormon terganggu & juga stress. Semuanya ada pada saya. Tapi baru2 ni saya amalkan pemakanan yang sihat & pesekitaran yang bersih. Akan tetapi, jerawat masih activ. Adakah disebabkan hormon atau stress? Saya rapat rasakan hormon saya juga terganggu sebab saya ada masalah period macam period datang tak menentu. Kadang lepas 2 bulan baru datang. Kadang paling lama lepas 5 bulan baru datang. Apa perlu saya buat ya untuk stabilkan hormon ni balik? Saya tidak mengambil apa2 ubat/supplement.
Saya harap dr dapat membantu/memberi sedikit cadangan untuk dapat kulit yang sihat & bersih. Terima Kasih dr.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Masalah anda perlu diperiksa dengan lebih teliti oleh doktor pakar kulit. Sebagai langkah dan tips dalam menangani jerawat, anda perlu tahu bahawa jerawat dapat timbul kerana pada orang yang mempunyai ciri-ciri berikut;
- Sejarah keluarga
- Merokok
- Tekanan Emosi
Ia kemudian berkembang menjadi jerawat apabila terdapat kejadian berikut:
- Peningkatan dalam produksi sebum (akibat penggunaan produk yang salah)
- Infeksi oleh bakteria (akibat kurang mencuci muka dengan benar)
- Masalah hormon seperti polycystic ovarian syndrome (diagnosis dasar yang biasanya disertai dengan masalah haid dan sebagainya)
- Makanan yang berlemak
Jerawat memerlukan perawatan yang lama sehingga kurang lebih 6 bulan kerana jerawat adalah penyakit kronik. Antara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan keparahan jerawat adalah:
- Cuci bahagian berjerawat sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan pencuci muka yang lembut
- Elakkan daripada menggunakan kosmetik yang berasakan minyak
- Pilih pencuci atau serum yang mengandungi niacinamide, salicylic acid atau benzoyl peroksida untuk mengurangkan pengeluaran minyak
- Amalkan pemakanan sihat
- Bersenam untuk membaiki pengaliran darah
- Kurangkan stress
Jika ia adalah disebabkan masalah hormon yang tidak stabil doktor pakar boleh memberikan ubat untuk stabilkan hormon serta ubat untuk merawat jerawat juga. Tetapi punca sebenar haruslah diketahui dahulu untuk mendapatkan rawatan yang sempurna. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.