
Sulit
4 tahun
Cara stabilkan hormon
Dr, ni saya yang tadi tanya pasal hormon & jerawat tu. Saya dapati dr dah jawab soalan saya tapi saya takboleh nampak jawapan tu. Apa perlu saya buat ya dr untuk tengok jawapan tu. Mungkin soalan saya terlalu panjang.

4 tahun
Salam sejahtera
Saya minta maaf bagi pihak DoctorOnCall, kemungkinan terdapat masalah teknikal. Saya akan menyampaikan masalah kepada pihak teknikal.
Melalui penerangan anda sebelum ini, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Masalah anda perlu diperiksa dengan lebih teliti oleh doktor pakar kulit. Sebagai langkah dan tips dalam menangani jerawat, anda perlu tahu bahawa jerawat dapat timbul kerana pada orang yang mempunyai ciri-ciri berikut;
- Sejarah keluarga
- Merokok
- Tekanan Emosi
Ia kemudian berkembang menjadi jerawat apabila terdapat kejadian berikut:
- Peningkatan dalam produksi sebum (akibat penggunaan produk yang salah)
- Infeksi oleh bakteria (akibat kurang mencuci muka dengan benar)
- Masalah hormon seperti polycystic ovarian syndrome (diagnosis dasar yang biasanya disertai dengan masalah haid dan sebagainya)
- Makanan yang berlemak
Jerawat memerlukan perawatan yang lama sehingga kurang lebih 6 bulan kerana jerawat adalah penyakit kronik. Antara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan keparahan jerawat adalah:
- Cuci bahagian berjerawat sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan pencuci muka yang lembut
- Elakkan daripada menggunakan kosmetik yang berasakan minyak
- Pilih pencuci atau serum yang mengandungi niacinamide, salicylic acid atau benzoyl peroksida untuk mengurangkan pengeluaran minyak
- Amalkan pemakanan sihat
- Bersenam untuk membaiki pengaliran darah
- Kurangkan stress
Jika ia adalah disebabkan masalah hormon yang tidak stabil doktor pakar boleh memberikan ubat untuk stabilkan hormon serta ubat untuk merawat jerawat juga. Tetapi punca sebenar haruslah diketahui dahulu untuk mendapatkan rawatan yang sempurna. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.