
ummu_hamzah03
4 tahun
Cara untuk hilangkan kebas tangan
Hi doctor…sebelum ni saya ada tanya mengenai kebas tangan abah saya… Jadi, saya faham dan saya nak tahu bagaimana untuk hilangkan atau kurangkan kebas tangan ni? kalau consume susu adakah bagus?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Masalah kebas tangan ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Kebanyakkan punca adalah dari sebab saraf tangan. Antara kaedah untuk mengurangkan kekebasan tangan adalah dengan mengurut tangan, menjaga pemakanan (iaitu mengurangkan makanan bergula, bergaram tinggi dan berminyak) serta membuat pemeriksaan doktor bagi menangani penyakit kronik yang dialami ayah anda. Sekiranya masalah ini berlanjutan untuk ayah anda, ayah anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Sekian