
Sulit
3 tahun
Cara untuk keluar tanpa mengakhiri diri
sejak setahun kebelakangan ini saya sering mengalami sesak nafas dan hilang selera makan. ianya bertambah teruk sebulan kebelakangan ini. saya makan hanya ketika saya lapar. sekarang 3 hari saya tidak makan apa apa. saya juga sering susah bernafas. macam ada sesuatu di kerongkong saya. dada saya juga sering sakit macam dihempap dengan benda berat. pola tidur saya juga tidak teratur. tidur 2 sampai 4 jam sehari. seminggu kebelakangan ini saya sering berfikir untuk mengakhiri diri. apakah ada cara untuk saya keluar dari semua ini tanpa mengakhiri diri?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, anda mungkin sedang mengalami kemurungan. Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah ser ta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.
Tanda-tanda dan gejala kemurungan adalah seperti berikut:
• Kesedihan atau “kekosongan” perasaan yang berpanjangan
• Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti
lain yang biasanya mendatangkan keseronokan
• Cepat rasa letih dan tidak ber tenaga
• Perasaan pesimistik dan mudah putus asa
• Perasaan bersalah
• Rasa diri tidak berguna
• Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur
• Hilang selera makan dan penurunan berat badan
• “Rasa lebih baik mati”, kadangkala diser tai dengan percubaan
bunuh diri
• Rasa tidak tenteram dan mudah marah
• Kurang daya tumpuan dan ingatan
• Sukar membuat keputusan
• Simptom fisiologi seper ti sakit kepala, sakit-sakit badan dan
gangguan penghadaman
• Kurang nafsu seksual
• Pergerakan menjadi terhad/ kaku atau menjadi resah gelisah
• Mudah cemas atau fobia
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor