
Sulit
4 tahun
Cara untuk mengambil pil perancang
Hi doktor, jika ingin membeli pil perancang, saya perlu berjumpa doktor dahulu atau saya boleh membeli pil perancang tersebut sendiri? Adakah ia memerlukan surat doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk pengetahuan anda, pembelian pil perancang tidak memerlukan surat doktor dan anda boleh membelinya sendiri di farmasi. Tetapi adalah lebih baik untuk anda berjumpa dengan doktor terlebih dahulu sebelum mengambilnya untuk pemeriksaan lanjut. Selain daripada itu, anda juga boleh meminta pandangan daripada pegawai farmasi sebelum membelinya.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.