Sulit
6 tahun
Cara untuk mengandung
Saya ingin mengandung tapi susah untuk mengandung selepas saya pakai implano
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah sukar untuk hamil ini memerlukan maklumat terperinci dari segi anda dan juga pasangan. Hal ini kerana, kesukaran untuk mengandung boleh disebabkan:
- Kesan implanon - Implanon berfungsi untuk mencegah kehamilan selama 3 tahun. Walaupun selepas tamat menggunakannya, ada sesetengah wanita akan mengalami kesukaran hamil untuk 2 tahun seterusnya kerana ketidak-stabilan hormon
- Faktor wanita - seperti Sindrom Polisistik Ovari, tiub fallopian tersumbat
- Faktor lelaki - seperti sperma kurang, atau tidak aktif
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda dan suami disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































