
Sulit
5 tahun
Cara untuk mengatasi masalah susah hamil
Saya wanita berusia 25 tahun. Saya sudah berkahwin selama 2 tahun 5 bulan. Saya dan suami inginkan anak tapi usaha kami masih tidak membuahkan hasil. Keadaan period saya normal. Dan tiada masalah period pain. Jadi apa yang boleh saya lakukan.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Masalah untuk hamil ini boleh disebabkan samada masalah kesihatan dari pihak anda ataupun suami anda. Untuk mengetahui samada anda ataupun suami anda mempunyai masalah yang menyebabkan kesukaran hamil, anda berdua menjalani beberapa ujian kesihatan. Antara penyebab kesukaran kehamilan adalah seperti:
- Pihak perempuan - Masalah seperti Sindrom Polisistik Ovari, Endometriosis,
- Pihak lelaki - masalah sprema tidak cukup, sperma tidak sihat/cacat
- Masalah genetik - adakalanya embriyo tidak mempunyai genetik yang sihat untuk dikandung
- Masalah kesihatan seperti masalah pembekuan darah
Untuk mengatasi masalah ini, jika suami anda merokok, tidak bersenam mahupun lebih berat badan, maka masalah ini boleh ditaangani dahulu dan mungkin akan menghasilkan sperma lebih baik. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.