Sulit
3 tahun
Cara untuk pulihkan kitaran haid
Salam. Saya wanita berumur 24 tahun. Sudah beberapa tahun kitaran haid saya tidak teratur. Bagaimana cara untuk saya pulihkan kitaran haid saya semula? Terima Kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Kehamilan
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh anda, puncanya perlulah diketahui terlebih dahulu. Secara umumnya, berikut merupakan beberapa cara yang boleh dilakukan oleh anda untuk mengawal dan mengembalikan kitaran haid anda:
- Mengamalkan gaya hidup yang sihat: Bersenam dan diet yang seimbang
- Menurunkan berat badan
- Kurangkan tekanan dan stres
- Berjumpa dan membuat pemeriksaan bersama dengan doktor
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.