
Sulit
3 tahun
Cara untuk Tahu dan Semak pH darah
Salam, saya ingin mengetahui berapakah pH darah saya, bolehkah saya pergi ke klinik kesihatan kerajaan sahaja untuk dptkan maklumat ini?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda ingin mengetahui pH darah anda serta cara untuk menyemaknya. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kadar pH normal untuk darah manusia adalah antara 7.35-7.45 pH. Klinik Kesihatan hanya akan melakukan ujian darah jika diarahkan oleh doktor. Anda boleh pergi ke makmal swasta untuk mendapatkan ujian darah tersebut atau menjalani ujian air kencing. Kerana air pH normal air kencing juga boleh memberi idea mengenai pH badan anda.
Bagi pertanyaan lanjut, boleh rujuk kepada doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.