
fareenatra.riot
4 tahun
Carbuncle or bisul pada bahagian kaki
Saya wanita berumur 24tahun. 2 minggu lepas terdapat kesan gatal di pergelangan kaki sy. Selepas dua minggu, terdapat isi nanah dan air. Sy telah keluarkan isi tersebut dan menyebabkan kawasan tersebut berlubang. Adakah fucidn dapat membantu masalah saya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, penggunaan ubat Fucidin adalah sejenis antibiotik sapuan untuk jangkitan kuman pada kulit. Gejala yang anda alami pada kaki anda boleh disebabkan gigitan serangga mahupun jangkitan kuman seperti follikulitis atau carbuncle. Jika terdapat lubang pada kaki anda akibat tindakan memecahkan nanah tersebut, anda hanya perlu memastikan kawasan tersebut bersih dari kotoran dan boleh membalut dengan kain.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.