
Sulit
3 tahun
Cari ubat Siplis di farmasi
Kenapa tiada jual ubat di farmasi

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda ingin mengetahui tentang ubat penyakit sifilis. saya akan cuba memberikan maklumat dengan baik.
Berikut merupakan maklumat berkaitan rawatan penyakit sifilis:
- Rawatan jangkitan sifilis adalah penting kerana jangkitan ini tidak akan sembuh secara sendiri . Sekiranya tidak dirawat, jangkitan sifilis boleh menyebabkan komplikasi yang tidak diingini.
- Perawatan sifilis adalah antibiotik bagi jangka masa yang pendek . Hal ini kerana jangkitan sifilis adalah disebabkan oleh bakteria.
- Rawatan sifilis dengan antibiotik adalah sangat efektif . Ubat antibiotik adalah cara ubati sifilis yang spesifik. Oleh itu, anda tidak digalakkan untuk mendapatkan ubat sifilis di farmasi.
- Anda hanya boleh mendapatkan antibiotik daripada preskripsi seorang doktor . Jenis-jenis rawatan anda adalah tertakluk kepada jangka masa anda menghidap jangkitan sifilis.
- Bagi jangkitan sifilis yang kurang dari dua tahun , pesakit akan diberikan suntikan antibiotik penicillin di punggung ataupun ubat penicillin secara oral selama 10-14 hari .
- Bagi jangkitan sifilis yang melebihi 2 tahun , anda memerlukan 3 suntikan antibiotik penicillin diberikan seminggu sekali ataupun makan ubat penicillin selama 28 hari berturu-turut .
- Rawatan ini mungkin menyebabkan anda mengalami kesan sampingan seperti demam, sakit kepala ataupun sakit otot dan sakit sendi. Kebanyakan pesakit mengalami kesan sampingan ini pada hati pertama rawatan diberikan.
- Simptom-simptom ini selalunya tidak melebihi tempoh satu hari . Kesan sampingan yang lebih serius adalah allergik terhadap ubat penicillin.
- Anda memerlukan rawatan di hospital sekiranya terdapat masalah ini. Untuk mengetahui harga ubat sifilis, anda perlu mendapat informasi yang selanjutnya dari hospital anda.
- Kos rawatan sifilis selalunya tidak mahal kerana ia hanya diberikan bagi tempoh masa yang pendek. Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks semasa rawatan . Pada masa yang sama, anda bertanggungjawab memberitahu pasangan anda tentang jangkitan sifilis.
- Sekiranya anda diberikan rawatan jangkitan sifilis, anda perlu menghadiri temujanji di klinik susulan untuk memastikan anda pulih daripada jangkitan sifilis. Doktor akan membuat ujian darah untuk mengetahui status jangkitan anda.
Anda disarankan untuk berbincang dengan doktor agar keadaan ini dapat dibendung dengan segera.
Saya harap jawapan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan perbincangan yang lebih lanjut mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi doktor atau pakar kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.