Sulit

4 tahun

Carpal tunnel syndrome dan pronator syndrome

assalamualaikum, saya nuur berumur 28tahun. saya nak tanya apa beza penyakit carpal tunnel dan pronator syndrome ye? apa rawatan terbaik yg boleh saya ikut selain dari pilihan pembedahan? saya terpaksa tundakan pembedahan atas masalah keluarga. buat masa sekarang pakar orthopedic bekalkan ubat tramadol, pregabalin dan neurobion. pemakaian splint tangan mana yang bagus di gunakan sebab ada beli splint pergelangan tangan malangnya jenis kain saya cepat gatal. bagaimana cara posisi tidur supaya tiada serangan pain semasa tidur? saya kerap alami kesakitan waktu tidur apabila cuba mengiring atau terlentang saya tak boleh nak bengkok atau luruskan tangan disebabkan sakit. saya terpaksa gunakan sebelah tangan untuk angkat dan alihkan tangan. tangan saya makin kerap sakit sejak bulan 6 tahun ini. pada mulanya sakit di pergelangan tangan sekarang di siku juga mula rasa seperti kebas dan sakit yg tajam. ada masanya berdenyut secara tiba tiba. saya risau keadaan ini makin teruk. saya dah minta tunda pembedahan sebanyak 3 kali di sebabkan takut dan saya nak temankan mak sy buat radiotherapy utk kanser payudaranya.
hmm…

Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah yang anda hadapi.

Sindrom carpal tunnel ini merupakan sesuatu keadaan di mana berlakunya tekanan kepada saraf median (“median nerve”) dalam pergelangan tangan seseorang menyebabkan rasa sakit dan kebas. Keadaan ini lebih kerap berlaku kepada wanita berbanding dengan lelaki, dan kebanyakan kes (80%) berlaku dalam kalangan orang yang berusia 40 tahun ke atas.

Saraf median ini berasal dari sebuah saraf tunjang dan melalui seluruh lengan hingga ke tangan. Sebelum sampai ke tapak tangan, saraf ini perlu melalui sesuatu terowong yang sempit dalam pergelangan tangan. Terowong ini terdiri daripada tulang-tulang di pergelangan tangan serta ligamen. Oleh itu, seseorang yang gemuk akan mempunyai terowong yang lebih kecil daripada biasa disebabkan lemak berlebihan di kawasan tersebut yang menghimpitkan terowong saraf.

Manakala, Sindrom Pronator adalah gejala yang disebabkan oleh saraf median terperangkap di siku. Saraf median adalah salah satu daripada tiga saraf yang membekalkan fungsi deria dan motor ke hujung atas. Ia bermula di axilla atau ketiak , dan cabangnya berakhir di jari. Dalam Pronator Syndrome, pemampatan saraf berlaku di siku. Entrapment saraf median juga dapat terjadi di pergelangan tangan, menyebabkan Carpal Tunnel Syndrome, atau di lengan bawah, menyebabkan Anterior Interosseous Nerve Syndrome.

Saya sangat menasihatkan anda untuk berjumpa dan bercakap dengan doktor anda bagi mengetahui lebih lanjut tentang pemilihan rawatan. Hal ini kerana mereka lebih mengetahui keadaan sebenar anda. Saya tidak boleh memberi apa-apa konklusi rawatan kerana saya tidak merawat anda.

Bagi mengelakkan keadaan semakin teruk, saya syrokan anda untuk mengikut segala rawatan yang dicadangkan oleh Doktor anda.

Masih terasa lenguh dan sakit tulang? Dapatkan kekuatan yang diinginkan untuk menjalani aktiviti harian anda tanpa gangguan!

Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.

AdobeStock_77283145

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)