
Sulit
3 tahun
Cat 1 & 2A & Hubungan Intim
saya dsahkn +ve Cov & dlm tempoh kuarantin hari ke 4. Semasa disahkan +ve status sya Cat 1. Hari ini (21 Feb 22) stelah selesai kemaskini status di MySJ saya tlah dikategorikan Cat 2A. Apa perbezaan ke2-2 kategori trsbut sdgkn sya bransur pulih
Selepas tamat tmpoh kuarantin. Brp lama jngkamasa yg sesuai utk bersama isteri semula? Adakah selamat utk brsama selepas selesai tempoh 7 atau 10 hari?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, Individu positif COVID-19 kategori 1 (tiada gejala) dan 2A (gejala ringan) dan tidak berisiko tinggi (60 tahun ke bawah dan tidak mempunyai komorbid).
Seterusnya, sebaik sahaja anda diuji negatif untuk COVID-19 dan tidak menunjukkan gejala, anda akan dibenarkan untuk melakukan sentuhan fizikal.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini