
Anonymous
4 tahun
Cecair coklat gelap keluar darai faraj
Saya wanita berumur 30-an.saya ada masalah haid selepas kahwin. Saya datang haid normal setiap bulan.setiap kali datang saya segugut yang amat kuat. Tapi lepas daripada seminggu haid tiba-tiba keluar cecair coklat gelap (darah yang lama) yang sangat banyak. Adakah saya ada masalah rahim.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk makluman pihak anda, cecair coklat tersebut boleh keluar disebabkan oleh beberapa perkara :
- Keputihan biasa yang teroksida
- Darah haid
- Jangkitan kelamin
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih