
Sulit
5 tahun
Cecair dari faraj selepas bersalin
Saya wanita 28 tahun dan baru melahirkan anak pertama secara normal. Skrng hari ke 24 berpantang. Masalah yg sy hadapi ialah terdapat cecair yang keluar dari lubang bawah faraj. Lubang ini di antara lubang faraj dan dubur tetapi tidak bersambung. Jadi saya dapati cecair kuning ini keluar dari lubang tersebut. Kesakitan juga pada tahan 6/10 tetapi bukan selalu berlaku dan jarang juga. Jadi adakah perkara ini normal atau tidak. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, pihak kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluma anda, antara kemungkinan penyebab keluar cairan tersebut adalah luka selepas bersalin yang tidak sembuh dengan baik, atau terdapat jangkitan pada luka tersebut.
Anda amat disarankan untuk pergi ke klinik atau hospital bagi mendapatkan pemeriksaan pada bahagian tersebut agar punca keluarnya cecair daripada lubang itu dapat dikenal pasti dengan tepat.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.