
Anonymous
6 tahun
Cecair keluar selepas pasang iud
Saya pernah mengalamin keguguran anak pertama. Kemudian period saya tidak datang berbulan. Dr sarankan utk memasang iud utk membuka saluran saya kembali. Selepas memasang iud, saya dapati keluar cecair berwarna koko dan bila tanya dr. Dr ckp normal. Tetapi dh lebih 4 bulan cecair itu masih keluar. Dia berwarna koko dan tidak berbau. Saya berasa tidak selesa kerana setiap hari cecair itu keluar. Apa yang patut saya lakukan? Saya ingin membuang iud ni kerana cecair ini setiap hari keluar tetpi saya takut saluran saya akan trttup kembali. Dr ada bagitahu kalau saluran itu trttup saya munkin akan menopause waktu usia yg muda dan tidak boleh dapat zuriat kembali. Apa yg patut saya lakukan?

6 tahun
Terima kasih atas soalan, anda. Saya berharap saya akan dapat menjawab semua soalan anda.
Pelepasan coklat atau kemerahan berwarna coklat, biasanya dirujuk sebagai “spotting”, biasanya menunjukkan kehadiran darah dalam keputihan vagina. Dalam banyak kes, ini tidak menandakan masalah perubatan yang penting.
Antara penyebab cairan coklat keluar dari vagina adalah:
- Ovulasi
- Perimenopaus
- Kehamilan
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Oleh sebab anda telah pun memasang alat iud jadi salah satu faktor risiko sedang memainkan peranannya untuk menyumbang kepada cecair tersebut.Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.