
Sulit
3 tahun
Cecair keputihan berwarna kuning
Salam,saya berusia 31,sedang mngandung 17 minggu, saya mengalami keputihan yg berwarna kekuningan dan agak gatal di kawasan kemaluan.adakah sebarang jangkitan dan memberi kesan pada kandungan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Kami memahami anda sedang mengandung dan anda mengalami masalah keputihan yang berwarna kekuningan bersertakan kegatalan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, keputihan (vaginal discharge) akan berlaku secara kerap semasa kehamilan. Namun, keputihan yang berwarna kekuningan boleh disebabkan oleh jangkitan kuman seperti chlamydia. Sebaiknya anda merujuk kepada doktor untuk mendapatkan kepastian mengenai punca masalah keputihan anda. Sekiranya ia jangkitan, anda perlu mendapatkan rawatan kerana ia boleh meningkatkan risiko kepada kandungan.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.