
Sulit
5 tahun
Cecair kuning dr faraj
hai doktor.
sy sering mengalami masalah keluar cecair kuning dari faraj.tidak gatal dan tidak berbau.ianya akn keluar setiap hari.biasa slps period darah haid,diikuti warna coklat dan kemudian cairan kuning sehingga period bln seterusnya.dan begitulah rutinnya setiap bulan.pd mulanya ianya lbh cair+kuning dan kemudian kering+kuning.tiada tempoh suci bersih dan hari2 perlu pakai pantyliner.seingat sy sejak dr sekolah menengah sy mengalaminya.dan skrg sy berumur 31thn

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.