
Sulit
5 tahun
Cecair pekat berwarna coklat keluar dari vagina
hi doc sy berusia 21 tahun dan belum berkahwin. Pada 28/03 sy telah melakukan seke pertama dan tidak memakai apa apa alat perlindungan. Pada 30/03 sy telah memakan pill postinor. sy makan pill ini selepas 55 jam. sepatutnya harini sy period dan terdapat cecair pekat berwarna coklat keluar dri vagina sy dan terasa krem perut seperti senggugut. Adakah sy period ataupun tanda mengandung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda. Namun begitu, hanya dengan maklumat yang berikan, saya tidak boleh membuat kesimpulan sama ada pendarahan tersebut adalah darah haid atau pendarahan implantasi disebabkan kehamilan.
Hal ini hanya dapat dipastikan dengan pemeriksaan kehamilan melalui air kencing (UPT) serta imbasan ultrasound bagi mengetahui kedudukan janin. Oleh itu, saya menyarankan anda untuk melakukan ujian UPT di rumah. Sekiranya tidak pasti atau positif, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi pemeriksaan lanjut.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.