
Sulit
4 tahun
Cecair putih keluar apabila meneran
Salam… dr saya mahu bertanya tentang cecair putih yg keluar apabila saya meneran setiap untuk membuang air besar…adakah itu air mani atau sebaliknye? Dah mengapa perkara sedemikian terjadi? Dan adakah itu msalah besar untuk kemaluan? Harap dr boleh Bantu selesaikan masalah saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala zakar mengeluarkan cecair putih ini boleh disebabkan:
Jangkitan kelamin seperti gonorea/klamidia - jika ada melakukan hubungan seks bebas
Jangkitan saluran kencing
Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
Air mani/mazi
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.