
zarul_afifi
5 tahun
Cecair putih pada zakar
sy telah mngambil suntikan siplis dan antibiotik sehingga habis tetapi masih ada cecair putih keluar .apakah pnyakit itu @ sy perlukan ubat yg lebih kuat ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Terdapat banyak keadaan yang menyebabkan keluarnya nanah dari kemaluan lelaki. Punca keluarnya nanah dari kemaluan lelaki terbahagi kepada dua iaitu disebabkan penyakit kelamin dan bukan disebabkan penyakit kelamin.
- Disebabkan oleh penyakit kelamin
- Jangkitan chlamydia
- Jangkitan gonorea
- Jangkitan mycoplasma genatilium
- Jangkitan ureaplasma
- Bukan disebabkan penyakit kelamin
- Jangkitan pada pundi atau saluran kencing
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami. Terima kasih