
ladybird_gurlz
5 tahun
Cecair warna coklat campor darah
saya wanita berusia 27… da berkahwin dan keguguran bln 7… sy gugur sebab makan pil cytotec… slps 2 mggu sy mkn postinor2 utk elak preg masa trdekat… sy pnh alami pndarahan 3 mggu… sy tak pantang waktu ini… pd 10/10 sy period slama 7 hari… dan sejak akhir2 ni selalu sangat keluar cecair warna coklat campor darah, sakit kaki tanpa sebab… kdng2 sakit di ari2… adakah itu tanda kanser atau bukan doc? atau efek dr makan pil trsebut…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala cecair berwarna coklat yang anda alami boleh disebabkan:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Manakala sakit pada bahagian ari-ari anda boleh disebabkan sakit pendarahan haid, jangkitan dalam rahim, ovari terbelit atau kehamilan luar rahim. Untuk mengatasi masalah-masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.