
Sulit
3 tahun
Cegah kehamilan selepas seminggu bersama(buang dalam)
Sy lina.sudah berkahwin ,8 hari yg lalu sy bersama suami melakukan hubungan intim dan suami pancut dalam,kami syak bahawa air mani suami melekat sebab terkadang sy sakit perut dan teringin makan yg pelik2…untuk pengetahuan kami dah mempunyai 4 org anak dan dalam proses rancang keluarga,period due sy adalah bulan hadapan dlm 10 haribulan.boleh sy mntk nasihat bagaimana nak cegah kehamilan yg kami syak tersebut.trma kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan keterangan anda, anda bertanyakan tentang cara mencegah kehamilan yang anda syaki berlaku hasil hubungan anda dengan suami seminggu yang lalu. Kami akan cuba memeberi penerangan.
Untuk makluman puan, untuk mengetahui anda hamil atau tidak, cara terbaik adalah dengan melakukan ujian kehamilan. Tanda-tanda hamil biasanya tidak spesifik. Ujian kehamilan boleh dilakukan setelah anda lewat sekurang-kurangnya 2 minggu dari tarikh datang haid yang sepatutnya.
Sekiranya kehamilan telahpun berlaku tiada cara untuk mencegahnya kerana implantasi telah berlaku dan embryo sedang membesar.
Anda dinasihatkan untuk bercakap dengan doktor bagi maklumat lanjut dan penerangan mengani perkara ini. Anda boleh hubungi secara atas talian dan kami akan cuba membantu anda.
Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.