
safrie9999
5 tahun
Cegukan berpanjangan
Hello dok.Saya telah mengalami cegukan yang berpanjangan selama dua bulan. Adakah itu perkara yang biasa atau perkara yang boleh memudaratkan kesihatan saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, cegukan atau tersedu (hiccups) adalah normal. Masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- makan terlalu cepat
- makan atau minum terlalu banyak
- penyakit yang mengganggu saraf yang mengawal diafragma
- pembedahan abdomen
- asap beracun
- ubat-ubatan tertentu
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.