
Sulit
3 tahun
Cek darah untuk tiroid boleh tahu kita pregnant tak?
hi saya pregnant 2bulan . saya nak tahu , saya ada ambil ujian darah untuk check saya ada tiroid atau tidak . Ujian darah nanti boleh tahu ke yg saya pregnant ?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Kebiasaanya ujian darah untuk tiroid akan spesifik kepada hormon tiroid, melainkan doktor meminta makmal untuk mengesan hormon hCG yang spesifik untuk kehamilan.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.