
Sulit
5 tahun
Cek upt positif tetapi pendarahan ringan 8 hari
saya wanita 24 tahun.sudah besuami.4 kali sudah buat upt semua positif.lepas tu pergi ke klinik surh buat ujian air kencing tetapi ujian negative.tetapi pendarahan sudah 8 hari keluar secara ringan…kenapa tu ya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, perbezaan keputusan ujian kehamilan ini boleh disebabkan oleh:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Sekiranya ultrasound tidak dapat kesan kantung dalam rahim, maksudnya anda tidak berhamil atau mempunyai kehamilan luar rahim. Pendarahan anda mungkin boleh disebabkan oleh:
- Darah haid (kerana anda tidak hamil)
- Pendarahan akibat guguran
- Pendarahan akibat kebocoran tiub Falopian oleh kandungan luar rahim (selalunya dengan sakit perut)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.