
Anonymous
5 tahun
Cek upt seawal 2 minggu Sebelum period
Hai doktor…skg ni saya rasa sakit2 pinggang.ngiluh d bawa perut.buah dada saya sakit…itu tanda2 Apa ka doktor.dn boleh ka dpat kesan kalau cek upt seawal 2 minggu sbelum period…sbb skg saya memang mrancang untuk pregnant.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Anda boleh sahaja mencuba urine pregnancy test apabila anda lambat haid lebih daripada seminggu ataupun lebih. Tiada sebarang masalah pada UPT.
Namun, masih terdapat kemungkinan untuk ia negatif, antara sebab ia negatif adalah
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Ngilu di bawah perut dan buah dada sakit boleh menjadi pelbagai sebab antaranya ialah
- anda sedang hamil di awal fasa
- sakit sebelum haid (PMS)
Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan berkenaan kehamilan, anda boleh berbicara dengan doktor bertauliah kami pada pautan ini (DoctorOnCall). Terima kasih