fatihahzainudin91
6 tahun
Celah kangkang fungus
Saya berumur 28 tahun dan masih belum berkahwin. Saya telah mengalami fungus pada celah kangkang saya dan doctor telah memberikan krim malconazole. Setelah memakainya saya masih lagi memdapat gatal2 di bahagian celah kangkang, tetapi saya hanya akan mendapat gatal2 setelah memakai krim hanya pada sebelah mlm shja. Apabila sebelah pagi saya tidak mendapat gatal2. Adakah ini menunjukkan fungus saya hanya hidup active pada waktu mlm sahaja ?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Radang/gatal yang datang pada waktu malam mungkin disebabkan oleh persekitaran tempat tidur yang kurang bersih, lembab atau terdapat allergen yang menyebakan radang.
Rawatan jangkitan kulat biasanya menggunakan ubat antikulat. Jangkitan kulit faraj biasanya akan elok dalam masa seminggu, selepas 1 dos ubat atau menggunakan krim setiap hari.
Pemakaian seluar dalam yang dibuat daripada kapas boleh membantu mengurangkan kemungkinan mendapat jangkitan yis. Pengambilan ubat antibiotik untuk tempoh yang berlarutan juga boleh menyebabkan jangkitan kulat faraj. Anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor jika masalah ini berterusan bagi mendapatkan ubat tambahan jika diperlukan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.




































