
Sulit
4 tahun
Cemas bersama orang ramai dan fobia
Saya ada masalah selalu cemas apabila bersama orang ramai,tangan saya automatik mengigil dengan laju adakah ini normal atau ini fobia terhadap orang ramai ini menganggu kehidupan harian saya apabila bersama rakan2 dan orang lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Masalah psikologikal:
- Keresahan (anxiety)
- Masalah personaliti
- Kemurungan (depression)
- Masalah tiroid
- Persekitaran yang kurang ceria
- Masalah perhubungan dengan orang lain
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Ia juga boleh disebabkan oleh punca lain yang tidak kami sebutkan di atas. Disebabkan anda katakan ia mengganggu kehidupan harian anda, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.