
Sulit
5 tahun
Cepat pancut ketika masturbasi
Masa masturbasi saya mengambil masa tidak lebih 2 atau 1 mnit…mgkin ksan drp kerap onani keta sekolah dhulu. adakah akn berlaku mslh yg sama ketika berhubungan dengan isteri?. memamndangkan umur saya hmpir 30 dn brhjt untuk berkahwin.
Bagai manacara yang betul untuk berhubung dengan dokter?? Boleh main terjah mana2 hospital ke??

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala ejakulasi pra-matang ini boleh disebabkan:
- psikogenik - seperti stress, keresahan, hubungan bermasalah
- psikiatrik - penyakit keresahan, kemurungan
- neurogenik - trauma, diabetes, alkohol
- endokrin - masalah tiroid
- arteriogenik - terkait saluran darah seperti darah tingg, merokok, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain
- masalah organ sekitar seperti prostat dan spinal cord - amat jarang
- kesan samping ubat-ubatan seperti antihipertensi
Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh ke mana-mana klinik yang anda selesa untuk merujuk masalah ini dan mendapatkan kaedah rawatan yang bersesuaian. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.