
sitinorhajarmisrom
5 tahun
Check pregnancy test sebelum tarikh period
Saya umur 23 tahun. Sy test pregnancy test sebelum tarikh piriod. Hari pertama sy test kabur, hari ke dua test nmpk line terang sedikit susah untuk dilihat. Hari ke 4 pulak sy test line ke 2 nmpk terang sikit dan senang dilihat. Sy menggunakan pregnancy test yg strip bukan yg titis air kencing. Adakah sy positive hamil? Sy rasa mual2 nk muntah. Bila pandang atas, kepala pening. Lepas tu sebelum tarikh piriod sy, sy ad keluar darah sikit warna coklat pekat. Pastu tgk pulak sekali lagi dah tak keluar darah. Apakah maksudnya ya doc? Perlukah pregnancy test Kena naik line KE2 berwarna terang bersuluh.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, berdasarkan keputusan tersebut besar kemungkinan anda hamil. Anda boleh terus ke klinik untuk mengesahkan sama ada anda hamil atau tidak.
Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan berkenaan kehamilan, anda boleh berbicara dengan doktor bertauliah kami pada pautan ini (DoctorOnCall). Terima kasih.