
Sulit
4 tahun
Check sama ada itu benjolan atau tidak
klinik biasa (swasta) boleh ke check untuk tngok kita ade benjolan di antara breast dengan armpit? Sebab saya tak tau sama ade itu benjolan atau tidak. Atau saya patut pergi ke klinik kerajaan? Adakah dia akan melakukan X-ray atau apa?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang ujian untuk payudara.
Untuk makluman anda, ujian yang terdapat di klinik swasta adalah berbeza antara satu sama lain. Oleh itu anda perlu menghubungi klinik tersebut terlebih dahulu sekiranya anda ingin lakukan ujian mammogram atau xray.
Sekiranya anda ke klinik kerajaan, doktor akan memeriksa anda terlebih dahulu sebelum sebarang ujian lanjut dilakukan. Ujian seperti ultrasound, xray, atau mammogram adalah bergantung kepada kes anda.
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.
Masih gusar dengan masalah payudara anda? Dapatkan nasihat daripada pakar perubatan kami.