Sulit
4 tahun
Chest pain after vaccination
Saya priya umur i 24, last week I ade ambik vaksin…symptoms I makin teruk sakit dada due to acid reflux
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami anda khuatir dengan kesan sampingan vaksin Covid-19 terhadap anda.
Simptom-simptom yang dialami seseorang daripada vaksin Covid-19 berbeza dan kebiasaannya akan reda dalam beberapa hari.
Namun demikian,terdapat beberapa simptom bahaya yang perlu diambil berat.
- Sakit kepala yang teruk dan berlarutan
- pengsan atau sawan
- Sakit pada bahagian perut yang teruk dan berlarutan
- Sakit dada yang berlarutan
- Kaki bengkak
- Sesak nafas yang teruk dan berpanjangan
Sila rujuk kepada doktor atau ke hospital segera jika mengalami gejala ini.
Sakit pada ulu hati boleh disebabkan oleh beberapa perkara dan anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor jikalau masalah ini berlarutan.
Kami harap jawapan ini membantu.
Anda juga boleh mendapat nasihat doktor melalui konsultasi atas talian kami.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini
























