
zulukmd
5 tahun
Chicken pox kali kedua
Anak saya hadapi chicken pox kali kedua.sy tlg berjumpa doktor.doktor dh SAHKAN ia kena chicken pox tapi sy musykil kerana chicken pox tersebut da di dlm mulut.
Adakah itu normal.
Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, dalam dunia perubatan, terdapatlah kemungkinan untuk mendapat chicken pox pada kali kedua tetapi ianya amat jarang berlaku.
Terdapat lagi satu situasi di mana virus yang menyebabkan chicken pox kadang kala akan mendiami dalam badan dan kemudiannya menyebabkan penyakit yang lain iaitu, “shingles” ataupun kayap apabila immunisasi seseorang itu telah menjadi lemah.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.