
Sulit
4 tahun
Ciri ciri simptom anxienty
hai saya wanita berumur 14 tahun , tangan saya selalu menggigil , degupan jantung laju , berpeluh dan hampir pitam akibat badan dan tangan saya menggigil :)) . Saya cuma nk kepastian daripada doktor adakah ini simptom anxienty ? perlukah saya pergi jumpa doktor mental untuk diagnosis
itu sahaja terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk makluman anda, antara ciri-ciri penyakit anxiety atau keresahan ialah:
- Berasa gementar, risau dan tertekan
- Merasakan bahaya semakin hampir
- Bernafas dengan laju
- Berpeluh
- Terketar-ketar
- Berasa lemah
- Susah untuk fokus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Jika gejala yang anda alami sekarang semakin berlarutan dan mengganggu aktiviti harian anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor pakar psikiatri untuk mendapatkan rawatan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.