
lela.asfarlela
5 tahun
Cirit birit,ada kahak
Saya umur 27,baru baru ni saya ada cirit birit… adakah symptom nya…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya, saya kurang jelas dengan soalan yang ingin anda ajukan.
Namun begitu, masalah cirit birit boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
Keracunan makanan
Jangkitan virus seperti rotavirus
Kesan sampingan ubat-ubatan
Alahan kepada makanan
Radang usus
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.