
Sulit
4 tahun
Cirit birit ada keluar darah sikit
anak sayaumur 7 bulan cirit birit ada keluar darah sikit…kenapa tu ar

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi oleh anak anda. Untuk makluman pihak anda, masalah cirit birit beserta darah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Buasir
- Pendarahan akibat luka pada dubur biasanya akibat sembelit atau cirit birit yang kerap
- Pendarahan dari usus besar akibat masalah seperti radang usus
- Rectal ulser
- Masalah pendarahan
- Kanser usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana cirit birit berdarah boleh mengakibatkan kekurangan darah merah yang akan menyebabkan keletihan dan mudah pitam. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.