
Anonymous
6 tahun
Cirit birit berlarutan
saya seorang wanita berumur 39 tahun.saya telah mengalami cirit birit hampir seminggu…ini adalah pertama kali saya mengadapi cirit yang berlarutan.namun apa yang merisaukan saya dan menjadi persoalan saya:setelah mengambil ubat yang disarankan oleh doc iaitu 2 jenis ubat dan salah satu drpnya charcoal active 250mg simptom cirit birit berkurang namun masih tidak sembuh sepenuhnya.perut msh tidak selesa dan stool jg msh cair.adakah keadaan ini boleh menjurus kepada keradangan usus? dan berapakah jangka masa cirit birit yg berlarutan yang perlu saya ‘pandang serius’?
terima kasih.

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih kerana bertanyakan soalan ini.
Pada kebiasaanya, perkara ini terjadi kerana:
- jangkitan virus yang merebak dari makanan
- memakan makanan yang pedas berlebihan
- 'irritable bowel syndrome’
- ‘inflammatory bowel disease’
- radang usus
Oleh kerana anda mengalami masalah ini lebih dari seminggu, anda amatlah disarankan untuk berjumpa dengan doktor dengan segera untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan selanjutnya. Sekiranya anda mengalami gejala yang sangat serius seperti demam tinggi, cirit-birit yang tidak berhenti, tahi yang hitam atau sakit perut yang teruk, anda harus pergi ke jabatan kecemasan dengan segera untuk mendapatkan rawatan. Sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami.