
Sulit
4 tahun
Cirit birit berlendir
saya berumur 27 thn… baru2 nie mngalami skt perut yg teramat sangat… dan cirit birit berlendir…tak smpai 3 minit dah ke tandas tercirit… tapi x bnyak yg keluar cirit… sikit2 ja…jadi xsmpai 5 mnit sy dh ke tndas…dtg skt perut tu tiba2…dh ke tndas xbnyak kluar…cirit sy nie kkuningan xberbau… berlendir ja…kenapa tu ya??

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh bayi anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gastroenterologist kami sedia membantu.
Secara umum demam yang diiringi berak cair biasanya dikaitkan dengan jangkitan kuman, samada ianya disebabkan virus, bakteria atau parasit. Namun tidak menutup kemungkinan yang lain seperti:
- jangkitan kuman di usus atau saluran pencernaan
- alergi atau alahan makanan atau susu
- gangguan enzim tubuh (jarang)
- penyakit lain di saluran pencernaan
Anda dinasihatkan untuk segera berjumpa doktor sekiranya terdapat gejala penyerta seperti:
- lemah lesu badan
- pening kepala / pitam
- berak cair yang berterusan atau bertambah parah
- mual / muntah
Akhir kata, untuk mengetahui punca masalah sebenar anda tetap perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).