
Sulit
4 tahun
Cirit birit berpanjangan (berbulan-bulan)
salam sejahtera doktor, saya ingin bertanya tentang penyakit rakan saya mungkin dia malu utk bertanya sendiri kepada doktor. Dia lelaki dan berumur 31 tahun. Saya kasihan melihat dia selalu mengalami cirit birit yg berlarutan dan kerapkali ke tandas. Dia sudah pun makan ubat cirit birit dari farmasi, klinik n hospital namun tdk berkesan. Saya juga cuba menasihatinya agar ke hospital berjumpa doktor pakar namun memandangkan situasi Covid pada masa ini telah membuatkan sukar utk menemui dktor bertanya masalah ini. Rakan sy itu juga kerap cirit ketika tidur tanpa sedar. Beliau sebelum ini pernah mempunyai sejarah gula tinggi dlm darah, adakah cirit birit ini berkaitan dengan kencing manis? Siapakah rakan sy perlu rujuk ketika ini dan jenis ubat yg bagaimana berkesan utk penyakit cirit birit nya itu agar tdk berlarutan dan memudaratkan. Sebarang maklumbls dan nasihat dari doktor sy ucapkan berbanyak terima kasih.

4 tahun
Hai selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang rakan anda hadapi iaitu cirit birit selama berbulan bulan. Sila klik pada link ini ( DoctorOnCall )untuk bercakap dengan pihak kami
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala cirit-birit boleh disebabkan:
- Jangkitan pada usus
- Keracunan makanan lain
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Cirit birit yang kronik boleh menyebabkan rakan anda kekurangan air. Jika perkara ini berlarutan, rakan anda boleh mengalami dehidrasi dan ini akan mengganggu organ organ di dalam badannya.
Anda boleh klik pada link ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga.
Terima kasih.