Sulit
6 tahun
Cirit birit beserta sakit hulu hati
saya wanita berumur 28 tahun. saya mengalami cirit birit selama 6 hari dan disusuli dengan sakit hulu hati serta ketidak selesaan pada bahagian perut
(perut berbunyi). Bolehkah Dr terangkan masalah saya, memandangkan saya seorang yang takut hendak ke hospital
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman anda, cirit birit biasanya disebabkan oleh:
- Keracunan makanan
- Jangkitan vurus atau bakteria
- Radang usus
Manakala pedih ulu hati dikaitan dengan asid refluks dan boleh disebabkan oleh tabiat makanan yang tidak menentu. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.





























