
Sulit
3 tahun
Cirit Birit Budak 2tahun
Hi doktor,anak saya berumur 2tahun berklinik di KKIA telah memberi ubat cacing jenis CHAMPS. Setelah itu dia cirit birit sehingga hari ini. Dalam sehari ada 4-5x berak cirit. Tetapi anak saya masih aktif. Adakah ubat ini menyebabkan cirit dan apakah cara untuk mengelakkan cirit? Berapa lamakah cirit ini berlaku? Terimah kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah anak anda cirit-birit boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan virus/bakteria dalam perut
- Keracunan makanan
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Tidak toleransi kepada sesetengah makanan seperti susu, keju dan sebagainya.
- Terlalu banyak minum air
- Terlalu banyak makan serat
Untuk mengetahui rawatan atau cara untuk mengatasi masalah ini, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi bagi mendapatkan penerangan dan nasihat selanjutnya. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah ini. Terima kasih