Sulit
2 tahun
Cirit birit dan turun berat badan
Saya lelaki berumur 19 tahun dan saya mengalami sakit perut dimana terasa senak bahagian bawah dikawasan pusat dan masalah seperti cirit birit minggu lepas saya mengalami cirit birit sehingga turun berat badan dari 83 hingga ke 80 dan minggu ni saya mengalami sembelit yang susah keluar najis berketul besar dan panjang kental dan susah untuk keluar berbentuk seperti peluru dan saya juga perasan di bulan puasa ini saya mudah turun berat badan seperti sebelum berbuka berat saya 79 dan bila burbuka dia naik kembali ke 80 dan saya mengalami kentut kentut sendawa selepas makan dan bau kentut itu tidak lah busuk dan bahkan tidak ada bau
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang bapa anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah cirit-birit boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- jangkitan kuman di usus atau saluran pencernaan
- alergi atau alahan makanan atau susu
- gangguan enzim tubuh (jarang)
- penyakit lain di saluran pencernaan
Untuk mengetahui punca sebenar masalah ini, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Pihak anda dinasihatkan untuk segera berjumpa doktor sekiranya terdapat gejala penyerta seperti:
- lemah lesu badan
- pening kepala / pitam
- berak cair yang berterusan atau bertambah parah
- mual / muntah
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gastroenterologist kami sedia membantu.