
Sulit
5 tahun
Cirit birit disebabkan virus
Doc saya nak tanya . Saya baru keluar ward sebab kene diarrhea . Saya keluar minggu lepas 30 august. Harini adalah 6 september. Masa keluar wad saya dapat antibiotik suruh makan . Tapi bila sampai rumah saya terus lupa smpai lah harini. Jadi saya ingin tanya boleh kah saya makan balik antibiotik start harini?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sekiranya cirit-birit anda disebabkan oleh virus, pemberian antibiotik adalah tidak perlu melainkan anda mendapat jangkitan bakteria sampingan. Sekiranya anda masih mempunyai gejala sakit perut dan cirit-birit, anda boleh mengambil ubat antibiotik yang diberikan dengan syarat ia mesti dihabiskan bagi mengelakkan bakteria menjadi kurang sensitif.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.