
Sulit
5 tahun
Cirit birit ketika ramadhan
saya mengalami cirit borit setiap kali datang ramadhan, saya ada background gastrik tapi tidak kritikal

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah cirit birit secara amnya boleh disebabkan oleh:
- Keracunan makanan
- Jangkitan virus seperti rotavirus
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Alahan kepada makanan
- Radang usus
Anda dinasihatkan untuk:
- Banyak minum air masak
- Elakkan makanan pedas dan berempah
- Ambil makanan yang lembut dan mudah dihadam
- Jaga kebersihan makanan dan tangan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.