
Sulit
5 tahun
Cirit birit lebih daripada 3 hari
Saya seorang remaja berumur 17 tahun. Soalan saya, adakah ianya normal mengalami sakit kepala selepas makan ubat Charcoal activated 250mg ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sakit kepala bukan kesan sampingan yang biasa berlaku selepas makan ubat Charcoal. Sakit kepala boleh disebabkan oleh dehidrasi iaitu kekurangan air dalam badan, hal ini disebabkan oleh cirit-birit yang mengeluarkan air dengan banyak tetapi anda tidak mengganti air yang telah hilang. Ini akan menyebabkan organ-organ anda tidak mendapat saluran darah yang mencukupi termasuklah otak.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.